Tuesday, May 14, 2013

Pembelajaran Bestari.(Smart Learning)

Definisi (Smart Learning)
Kemahiran belajar atau cara belajar yang baik dan tersusun.  Kemahiran ini boleh dipelajari dan didapati melalui pengalaman orang yang telah berjaya.  Pelajar yang bijak belajar mengikut bahan yang dipelajarinya serta piawaian yang hendak dicapai.  Cara mereka belajar tidak tergesa-gesa di samping sentiasa menilai prestasi pembelajaran sendiri.  Mereka akan mengingati isi utama dan membuat rumusan.  Kaedah belajar yang berkesan akan melahirkan pelajar yang cemerlang.

Ruang Lingkup (Smart Learning)
Tiga ruang lingkup pembelajaran bestari iaitu pelajar itu sendiri, tenaga pengajar atau guru dan persekitaran sekeliling.  Pelajar mempunyai pengetahuan asas ilmu pembelajaran yang mencapai tahap tinggi manakala pelajar yang rendah kemampuan akan mendapat rangsangan yang kuat daripada guru atau maklum balas pemulihan.  Pembelajaran berkesan jika proses pendidikan dibuat secara teratur.  Oleh itu, pencapaian cemerlang oleh pelajar yang patuh, taat, rajin belajar dan kurang mengalami gangguan emosi.  Pelajar pembelajaran bestari ini mempunyai ciri-ciri;
i.  Pelajar suka bekerjasama.
ii. Suka bertanding atau bersaing.
iii.Penyertaan aktif.
iv.Suka berdikari.


1 comment:

  1. Tahniah di atas penghasilan Blog ilmiah yang menarik dan mempunyai pelbagai info.

    ReplyDelete