Monday, May 20, 2013

SIWP

Definisi PIN diperkenalkan 2004, 23 April - meningkatkan kefahaman menyebarluas kepada warga pendidik, pelajar dan masyarakat.

Takrif Integriti tidak terjejas/kukuh berterusan dan boleh dikurangkan- Kejujuran, keikhlasan, ketulusan tidak boleh dipertikaikan dan paling tinggi tempatnya dalam kehidupan seharian - Kamus Dewan.

"  ........kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan kehidupan terancang....."

Integriti Individu.

"........keselarasan apa yang dikata dan dikota, antara individu dengan individu dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta kepentingan diri dengan kepentingan umum."

"Integriti harus ada dalam diri"

"Amanah, Bersih, Cekap, Amalan Budaya Kita Bermula Daripada Individu Sendiri"

"Sebagai guru beri contoh yang terbaik"

TEKA-TEKI Imam Al Ghazali.
1.  Apakah yang paling hampir dengan diri kita?

2.  Apakah yang paling jauh daripada diri kita?

3.  Apakah yang paling besar di dunia ini?

4.  Apakah yang paling berat di dunia ini?

APAKAH ANDA FAHAM TENTANG INTEGRITI?

Nilai - satu set pengangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu.  Set pengangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik.



Barang siapa yang kami angkat diantara kamu memangku sesuatu jawatan, lalu disembunyikannya terhadap sepucuk jarum atau lebih kecil daripada itu maka perbuatanya itu ada pengelapan.  Diadakan datang pada hari kiamat"
 Sabda Rasulullah s.a.w.


Tuesday, May 14, 2013

Pembelajaran Bestari.(Smart Learning)

Definisi (Smart Learning)
Kemahiran belajar atau cara belajar yang baik dan tersusun.  Kemahiran ini boleh dipelajari dan didapati melalui pengalaman orang yang telah berjaya.  Pelajar yang bijak belajar mengikut bahan yang dipelajarinya serta piawaian yang hendak dicapai.  Cara mereka belajar tidak tergesa-gesa di samping sentiasa menilai prestasi pembelajaran sendiri.  Mereka akan mengingati isi utama dan membuat rumusan.  Kaedah belajar yang berkesan akan melahirkan pelajar yang cemerlang.

Ruang Lingkup (Smart Learning)
Tiga ruang lingkup pembelajaran bestari iaitu pelajar itu sendiri, tenaga pengajar atau guru dan persekitaran sekeliling.  Pelajar mempunyai pengetahuan asas ilmu pembelajaran yang mencapai tahap tinggi manakala pelajar yang rendah kemampuan akan mendapat rangsangan yang kuat daripada guru atau maklum balas pemulihan.  Pembelajaran berkesan jika proses pendidikan dibuat secara teratur.  Oleh itu, pencapaian cemerlang oleh pelajar yang patuh, taat, rajin belajar dan kurang mengalami gangguan emosi.  Pelajar pembelajaran bestari ini mempunyai ciri-ciri;
i.  Pelajar suka bekerjasama.
ii. Suka bertanding atau bersaing.
iii.Penyertaan aktif.
iv.Suka berdikari.


Selamat Hari Guru.

Kami guru Malaysia,
Berikrardan berjanji.
Mendidik dan memimpin,
Putera-puteri negara kita.

Pada Sri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu....membina..
Negara yang tercinta.

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu...membina....
Negara yang tercinta.

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.






Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu.

Ibu,
Ilhamku hadir untukmu,
Kini umurku menjangkau warga emas,
Sudah melalui pengalamanmu mendidik anak hingga ke cucu,
Namun, tidak pernah jemu,
Sehingga anak-anakmu menjalani dan mengharungi hidup ini,
Dirimu sentiasa wujud di kalangan anak-anakmu,
Alangkah gigihnya usahamu yang sentiasa kukenang,

Ibu,
Semoga kesihatan mu sentiasa diberi kekuatan,
Doaku saban hari,
Kadang kala diriku sangat lemah berbanding denganmu,
Hanya Allah sahaja tempatku meminta pertolongan,
Hanya pengisian kalimah suci telah membina naluri ini,
Teruskan lah usaha kita bersama sebagai ibu,
Terbinalah keluarga yang bahagia.


Cinta Bahasa.

:(  :(  :)    :)       Cintai bahasa kita sepanjang masa.  Jangan lupa, tanpa bahasa maka pupuslah bangsa.

Saturday, May 11, 2013

Penulisan .

Bahagian A.

PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A
    • Baca dan fahamkan arahan.
    • - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
    • yang terdapat dalam gambar.
    • - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di
    • di bawah.
    • - Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
    • terdapat dalam gambar di bawah.
    • Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan
    • dengan bahan grafik yang diberi.
    • Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik
    • seberapa banyak yang ada dan tandakan atau
    • senaraikan maklumat tersebut.
 Buat lima ayat sahaja , walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan. i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.
    • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar /
    • situasi di bawah.
    • - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara
    • yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama
    • ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada
    • dalam bahan grafik yang diberi.
iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
    • Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina
    • seimbang.
Dua ayat daripada gambar kedua atau tiga ayat daripada gambar kedua. Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua ayat daripada gambar pertama.
 Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:- a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. Elakkan membina ayat yang mudah.
    • Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:-
    • Urutan nombor;
    • 1. .……………………………………
    • 2. …………………………………......
    • Urutan abjad;
    • a. ……………………………………
    • b. ……………………………………
    • Simbol ( -, /, * dan seumpamanya)
    • d. Perenggan
Ayat yang ditulis tidak semestinya berkaitan antara satu sama lain
Latihan Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


Nilai-nilai Murni.


BAHAGIAN C MEMBUAT ULASAN Cadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit
    • 20 markah
    • Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
    • Tidak kurang 50 patah perkataan.
Membuat Ulasan
Cara Menjawab Soalan
    • Baca dan fahami situasi.
    • Gariskan kata kunci dalam soalan.
    • Sediakan rangka karangan.  Catatkan
    • nilai-nilai murni atau pengajaran yang
    • terdapat dalam teks.
    • Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
    • Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan.
Contoh Soalan Membuat Ulasan
    • Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.
Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan
    • Bangun awal pagi – disiplin diri
    • Menolong ibu di dapur
    • Bersarapan bersama – kasih sayang
    • Bersalam – menghormati orang tua
    • Rajin / tidak suka membuang masa
    • Suka kepada kebersihan
Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau- kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “ Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.
  1. BAHAGIAN C – Cara menulis. Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ini ialah ……………………………..(huraian/contoh). Seterusnya, terdapat nilai murni…………………… ...................................(huraian/contoh)……………... Di samping itu, terdapat nilai murni……………...... (huraian/contoh)……………………………………….. Selain itu, terdapat nilai murni………………………. …………………………… ..(huraian/contoh)…………. ……………………………………………………………… Akhirnya, kita……………………….(huraian/contoh) …………………………………………………………… .. Kita janganlah…………………………………………... (sekiranya perlu)
    • Untuk mendapat markah yang cemerlang
    • Dalam bahagian C ini, anda mestilah:
    • 1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
    • 2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
    • 3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
    • 4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
    • yang sesuai dan menarik.
    • 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan
    • yang digunakan betul.
    • Pastikan penggunaan penanda wacana yang
    • betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang
    • dibina. Kenalpasti penanda wacana.
Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar. Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain- main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik. Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih melihat cenderamata yang diperolehi daripada sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa bersalah dan meminta maaf kepada kakak. latihan