Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu.

Ibu,
Ilhamku hadir untukmu,
Kini umurku menjangkau warga emas,
Sudah melalui pengalamanmu mendidik anak hingga ke cucu,
Namun, tidak pernah jemu,
Sehingga anak-anakmu menjalani dan mengharungi hidup ini,
Dirimu sentiasa wujud di kalangan anak-anakmu,
Alangkah gigihnya usahamu yang sentiasa kukenang,

Ibu,
Semoga kesihatan mu sentiasa diberi kekuatan,
Doaku saban hari,
Kadang kala diriku sangat lemah berbanding denganmu,
Hanya Allah sahaja tempatku meminta pertolongan,
Hanya pengisian kalimah suci telah membina naluri ini,
Teruskan lah usaha kita bersama sebagai ibu,
Terbinalah keluarga yang bahagia.


No comments:

Post a Comment