Saturday, May 11, 2013

Nilai-nilai Murni.


BAHAGIAN C MEMBUAT ULASAN Cadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit
    • 20 markah
    • Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
    • Tidak kurang 50 patah perkataan.
Membuat Ulasan
Cara Menjawab Soalan
    • Baca dan fahami situasi.
    • Gariskan kata kunci dalam soalan.
    • Sediakan rangka karangan.  Catatkan
    • nilai-nilai murni atau pengajaran yang
    • terdapat dalam teks.
    • Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
    • Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan.
Contoh Soalan Membuat Ulasan
    • Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.
Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan
    • Bangun awal pagi – disiplin diri
    • Menolong ibu di dapur
    • Bersarapan bersama – kasih sayang
    • Bersalam – menghormati orang tua
    • Rajin / tidak suka membuang masa
    • Suka kepada kebersihan
Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau- kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “ Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.
  1. BAHAGIAN C – Cara menulis. Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ini ialah ……………………………..(huraian/contoh). Seterusnya, terdapat nilai murni…………………… ...................................(huraian/contoh)……………... Di samping itu, terdapat nilai murni……………...... (huraian/contoh)……………………………………….. Selain itu, terdapat nilai murni………………………. …………………………… ..(huraian/contoh)…………. ……………………………………………………………… Akhirnya, kita……………………….(huraian/contoh) …………………………………………………………… .. Kita janganlah…………………………………………... (sekiranya perlu)
    • Untuk mendapat markah yang cemerlang
    • Dalam bahagian C ini, anda mestilah:
    • 1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
    • 2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
    • 3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
    • 4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
    • yang sesuai dan menarik.
    • 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan
    • yang digunakan betul.
    • Pastikan penggunaan penanda wacana yang
    • betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang
    • dibina. Kenalpasti penanda wacana.
Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar. Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain- main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik. Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih melihat cenderamata yang diperolehi daripada sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa bersalah dan meminta maaf kepada kakak. latihan 

No comments:

Post a Comment