Wednesday, May 1, 2013

Kreatif dan Inovatif.


Refleksi
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah dalam
meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM seperti :
·         Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD.
·         Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
·         Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
·         Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada pentadbir.
·         Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
·         Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.

Tajuk  :  Kasih Sayang Membawa Bahagia.


Assalamualaikum w.b.t. terima kasih tuan pengerusi majlis, yang dihormati para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Tetamu datang ke sekolah,
Suasananya sungguh ceria,
Cerita saya ini ialah,
Kasih Sayang Membawa Bahagia.

Di pinggir sebuah kampong tinggal dua orang adik beradik berhampiran dengan hutan.  Adik beradik lelaki ini bernama Sabu dan Sabar.

            Sabar merupakan anak bongsu manakala Sabu adalah anak sulung.  Kedua orang tua mereka sudah meninggal dunia.  Namun begitu Sabar dan Sabu mempunyai perangai berbeza.  Sifat Sabar yang lebih rajin daripada Sabu serta suka menghabiskan masa memikat burung.  Manakala Sabar keluar mencari rezeki.

            Setiap hari Sabar masuk ke hutan mencari kayu api dan menangkap ikan.  Tugas hariannya itu juga tidak memerlukan pertolongan abangnya.  Tanah sekangkang kera di belakang rumahnya diusaha dengan banyak jenis tanaman.

Kawan-kawan nak tahu,
            Walaupun hidup susah Sabar tidak pernah menyusahkan orang lain.  Keadaan ini berbeza dengan Sabu, setiap hari hanyalah makan dan tidur sahaja.  Dia tidak mahu membantu Sabar membuat kerja dan mengelak dengan berbagai alasan.

Para hadirin sekalian,
            Sabar hanya mampu berdoa supaya abangnya itu akan berubah.  Tanpa saudara-mara Sabar terus berusaha sehingga tanaman di kebunnya hidup subur.

            Pada suatu hari Sabar mengajak Sabu ,mencari kayu api tetapi dia menolak dan memberi alasan untuk memikat burung.  Sabar meneruskan usaha berbekalkan semangat dan ketabahan.

            Sabar mempunyai suara merdu dan suka menyanyi setiap kali menebang pokok.  Binatang di hutan juga suka berkawan dengan Sabar kerrana sifat penyayangnya.  Sabar berhenti di sebuah sungai untuk menahan lukah.

“Airmu mengalir dari gunung jauh di sana, tak berhenti-henti bila sampai di laut nanti.”

Begitulah kehidupannya setiap hari, walaupun penat dia berasa gembira.

 Berhenti makan, penat bekerja,
 Ikan kering dan nasi, makanan yang sama,
Pucuk-pucuk kayu cuma sayurnya,
Hingga lewat petang teruskan kerja.

            Tiba-tiba seekor burung Nuri hinggap dibahunya.  “Wahai Nuri yang cantik,  alangkah bahagianya kalau aku berkahwin dengan puteri raja, tentu aku tidak perlu bersusah payah di hutan ini”.  “Wahai Sabar, kamu jangan takut.  Pasti hari bahagia akan datang”.  Terperanjat Sabar melihat burung Nuri itu boleh berkata-kata.  “Wahai Nuri yhang bijaksana, bagaimana kamu boleh berkata-kata?”.  “Itukan kuasa Tuhan.  Bolehkah kita menjadi kawan yang baik?”.

            Mereka berkawan baik.  Nuri berasa kasihan pada Sabar kerana mempunyai abang yang sangat pemalas.  Walau bagaimanapun Sabar tetap menyayangi abangnya.  Sabar yang suka menolong binatang di hutan itu diberi rezeki yang melimpah- ruah.  Sabar bersyukur kepada Tuhan.  Apabila Sabu melihat burung Nuri kepunyaan Sabar dia cuba untuk menjualnya di pasar tetapi tidak dibenarkan oleh Sabar.

            Sabar menceritakan kepada Sabu bagaimana dia memperolehi burung Nuri itu.  Sabupun cuba untuk ke hutan tetapi telah dipatuk ular air semasa mengangkat lukah di sungai.  Sabar terpaksa menjaga abangnya sehingga sembuh.  Namun Sabar yakin Sabu akan berubah satu hari nanti.  Walaupun abangnya masih menyalahkan Sabar tentang apa yang berlaku ke atas dirinya.

            Pada keesokkan harinya, Sabar pergi ke hutan seperti biasa untuk mencari rotan untuk dijual.  Dia melalui hutan itu hingga tersesat.  Dia berjumpa sebuah gua lalu bermalam di situ.  Pada malamnya Sabar bermimpi dibawa seorang puteri ke istananya.  Dia dijamu dengan makanan yang lazat-lazat.  Puteri itu mengetahui tentang hasrat Sabar untuk mengahwinkan abangnya.

Para hadirin sekalian,
            Apabila tersedar Sabar telah berada di hadapan rumahnya.  Sabar lihat abangnya sedang menangis.  Sabu terus memel;uk adiknya dan menyesal dengan sikapnya.  Seminggu ditinggal oleh adiknya yang difikirkannya telah mati di hutan.  Sabar menceritakan tentang bakal isteri yang akan ditemui oleh abangnya di pekan.
            Keesokan harinya Sabar berbekalkan sebiji batu yang diambil daripada puteri  telah pergi ke pekan.  Menurut puteri itu, batu itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.  Sabu akhirnya telah menyembuhkan penyakit misteri anak Tok Penghulu lalu mengahwininya.  Sabar datang menziarahi abangnya bersama burung Nurinya.

            Pada suatu hari Sabar pulang dari hutan dan didapati rumahnya dikemas dan makanan enak telah disediakan.  Alangkah terperanjatnya Sabar bila lihat seorang perempuan yang sangat cantik sedang memasak dan mengemas rumah.  Sabar teringat akan mimpinya lalu menangkap perempuan itu.

Kawan-kawan nak tahu,
            Rupa-rupanya puteri kayangan yang suka bermain di hutan dan berhasrat menjadikan Sabar suaminya.  Sejak dari itu hiduplah Sabar penuh dengan kegembiraan.

Teladannya ialah berbuat baik sesama manusia dan haiwan akan mendapat balasan yang baik.  Oleh itu marilah kita sama-sama menjadi manusia yang berbuat baik sesama makhluk Tuhan. 

            Sekian sahaja cerita saya,
 
Kasih sayang membawa bahagia,
Cukup sudah sampai di sini,
Berbuat baik sesama manusia,
Maka berakhirlah cerita ini.

Sekian terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment