Tuesday, April 23, 2013

Aplikasi Teknologi Di Dalam Pembelajaran dan Pengajaran.


Refleksi
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah dalam
meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM seperti :
·         Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD.
·         Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
·         Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
·         Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada pentadbir.
·         Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
·         Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.


1)    Apakah yang dimaksudkan dengan teori pembelajaran.

Pembelajaran adalah satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk sama ada disedari atau pun tidak disedari. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran. Stalling (1973) berpendapat bahawa pengajaran berdasarkan tiga kriteria yang penting. Pertama pembelajaran harus menampakan perubahan dalam tingkah laku. Kedua, pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Menurut Crow & Crow (1983) pula, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

No comments:

Post a Comment