Friday, April 26, 2013

Pengajaran yang berkesan.


Berdasarkan rumusan daripada (Thornburg, 1995),  Thesestrategis to student-centered learning, school is not just a small period in a child’s life, it is “lifelong learning”, and each student can learn what is important of them.
            (Ally, 1996),  Student centered approach lets student take on a proactive role by working with others, using a variety of resources, and learning of evaluating skills on a continuoses basis that they can use throughout life.
            Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang meningkatkan hasil pembelajaran murid bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan yang lebih luas.  Sistem pendidikan yang benar-benar bebas berasaskan ‘pembelajaran terarah kendiri’ sebenarnya tidak berlaku kerana hampir semua sistem pendidikan di setiap negara dibentuk dan dirancang badan ‘luar’ daripada pelajar (misalnya Kementerian Pelajaran) daripada segi kurikulum, bahan pembelajaran (buku teks) dan system peperiksaan atau penilaian.  Walau bagaimanapun masih ada ruang untuk guru dan murid membuatinovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan proses pembelajaran yang bermakna dalam konteks bilik darjah masing-masing.

Wednesday, April 24, 2013

Keperluan Asas Kehidupan.

Tanpamu tiadalah wujud kehidupan di muka bumi ini.  Suci airmu mencuci segala kekotoran yang sentiasa melanda di segenap limpahannya tanpa batasan.  Kesyukuran semua benda hidup mencerminkan kejernihan air yang sangat menarik semua hidupan untuk menikmatinya.

Tuesday, April 23, 2013

Aplikasi Teknologi Di Dalam Pembelajaran dan Pengajaran.


Refleksi
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah dalam
meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM seperti :
·         Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD.
·         Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
·         Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
·         Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada pentadbir.
·         Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
·         Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.


1)    Apakah yang dimaksudkan dengan teori pembelajaran.

Pembelajaran adalah satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk sama ada disedari atau pun tidak disedari. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran. Stalling (1973) berpendapat bahawa pengajaran berdasarkan tiga kriteria yang penting. Pertama pembelajaran harus menampakan perubahan dalam tingkah laku. Kedua, pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Menurut Crow & Crow (1983) pula, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Sunday, April 21, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA

MATA PELAJARAN DAN KELAS   : BAHASA MALAYSIA / TAHUN 2 BESTARI

TEMA/ TAJUK                                   : KEKELUARGAAN / BAPA SAUDARA SAYA

MASA                                                  : 7.30 – 8.30 PAGI

STANDRAD PEMBELAJARAN         : 2.3.1

OBJEKTIF PEMBELAJARAN            : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ,murid berupaya,
     membaca kuat 5 ayat penyata dengan lancar,sebutannya yang 
                                                            jelas,intonasi yang betul dan  berjeda.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN    : 1) Murid dipaparkan pokok keluarga menggunakan skrin besar computer.

PEMBELAJARAN                           2) Murid bersoal jawab dengan guru tentang pokok keluarga 
  (rujuk lampiran 1)

 Contoh: (sambil merujuk gambar ibu)
1.       Siapakah ini?
2.       Siapakah nama ibu awak?
                                                              (sambli merujuk gambar bapa saudara)
1.       Siapakah ini?                                              
2.       Siapakah nama bapa saudara kamu?
3) Murid memerhati ’ slaid power point’

4) Murid mengikut guru membaca dengan kuat berpandukan  gambar   
     tunggal dengan ayat penyata.

5) Murid membaca kuat dengan intonasi,sebutan dan jeda yang betul
    secara
i)                    Kumpulan
ii)                   Individu
(rujuk lampiran 2)

                                                6) Pertandingan Membaca kad ayat antara kumpulan(lampiran 2)
                                                     Kumpulan yang menang diberi ganjaran,yang kalah (galakan)
                                                          7) Pengukuhan
    Murid melengkapkan ayat penyata yang sesuai dengan gambar yang
    Diberi (rujuk lampiran 3-lembaran kerja kelas)

8) Pemulihan
    Murid yang dibimbing membaca semula kad ayat dengan        
    sebutan,intonasi dan jeda yang betul (rujuk lampiran 4-Pemulihan)

9)Pengayaan
   Murid diberi kad kad gambar dan diminta menulis 5 ayat mengenai
   keluarga sendiri berdasarkankad gambar yang diberi.

ELEMEN MERENTAS                      Nilai murni : menghormati keluarga dengan menggunakan
KURIKULUM                                                           panggilan yang betul
                                                              TMK             : Murid belajar melalui TMK

BAHAN BANTU MENGAJAR        Skrin, komputer,slaid power point gambar tunggal, kad gambar, kad ayat

PENILAIAN PEMBELAJARAN      :Murid membaca secara bergilir-gilir ayat penyata dengan lancar
PENGAJARAN                                sebutan,dan intonasi yang betul

REFLEKSI                                         :      i)           30 daripada 36 orang murid berupaya menguasai P & P
ii)                     6 orang murid yang belum menguasai akan dibimbing
                                                                            (aktiviti pemulihan)
iii)                   Murid yang menguasai akan diberi lembaran kerja pengayaan

NENEK 
 ATOK






 Pendidikan sebagai satu alat untuk melahirkan warganegara yang berkualiti.


Monday, April 15, 2013

Peranan Nur (cahaya).

'Nur' atau cahaya itu ialah sesuatu yang menyebabkan kita nampak dengan jelas sesuatu, baik dengan kata kasar, ataupun mata hati.  Cahaya perlu dalam kehidupan manusia, khususnya cahaya atau ' nur' yang berhubung dengan agama dan penerimaan petunjuk atau hidayah daripada Allah s.w.t.

NUR ITU TERBAHAGI KEPADA DUA

'Nur' Lahir (Hissi) iaitu cahaya untuk melihat sesuatu dengan mata kasar seperti sinaran matahari yang memberi kita cahaya terang seperti keadaan pada siang hari.

'Nur' Batin (Maknawi) iaitu cahaya untuk melihat dengan mata hati terhadap sesuatu yang ghaib atau memahami sesuatu hakikat atau pengertian.




Friday, April 12, 2013

PEMBUDAYAAN ICT.



Penggunaan Alatan ICT.

   
JENIS-JENIS PERIBAHASA,


PERIBAHASA
  Simpulan Bahasa                                                                                          Kata-kata Hikmat
                        Bandingan                                                                    Bidalan
                                               Perumpamaan                   Pepatah



1.       Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
Contoh :
(a)     Ada angin  : 
Ø  Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
Ø  Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b)   Anak buah :
Ø  Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
Ø  Anak saudara.
(c)    Langgar bahasa  : 
Ø  Bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
Ø  Tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.


2.      Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
Contoh  :
Muka talam, muka tebal dan muka tembok  : 
Ø  Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
            Tua keladi, tua kutuk dan tua lengkuas  : 
Ø  Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
3.      Bentuk atau ciri Simpulan Bahasa.
(a)     Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.
Contohnya :  anak buah, buah tangan,lipas kudung
Kata Nama Am  -  anak, buah, lipas
(b)   Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.
Contohnya : ajak-ajak ayam, buat bodoh dan pasang telinga.
Kata Kerja  -  ajak, buat dan pasang.
(c)    Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif.
Contohnya :  besar kepala, bodoh sepat dan kecil hati.
Kata Adjektif  -  besar,bodoh dan kecil.
(d)   Terbentuk daripada penggunaan Kata Nama Khas.
Contohnya  :  Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.
Kata Nama Khas  -  Semua kata nama khas.
(e)    Terbentuk daripada nilai kepercayaan.
Contohnya :  air pinang, batu buyung dan makan bulan.

Peribahasa

http://peribahasamelayu.com